KUALA LUMPUR: Mekanisme Harga Getah Untuk Kesinambungan Hidup Pekebun Kecil (LRPM) dijangka dimuktamadkan tahun ini jika persetujuan dan kesepakatan dapat dicapai daripada setiap negara pengeluar getah.
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata antara cabaran utama pelaksanaan mekanisme LRPM ini adalah untuk mendapatkan kesepakatan dari semua 13 negara anggota di bawah Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) yang mana sebahagian negara anggota juga merupakan negara pengguna getah seperti China dan Singapura.
Menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini kementerian itu berkata LRPM merupakan antara agenda utama kerajaan yang dibincangkan dalam kalangan negara pengeluar getah di bawah ANRPC yang terkesan dengan harga getah yang rendah ketika ini berbanding kenaikan kos pengeluaran dan kos sara hidup.
"Kerajaan menyedari hakikat isu-isu yang sedang dihadapi oleh pekebun kecil. Harga getah, seperti komoditi lain yang berorientasikan eksport, dipengaruhi oleh faktor penawaran dan permintaan getah dunia.
"Intervensi daripada kerajaan adalah tidak mudah dan pada tahap yang minimum kerana pengeluaran getah negara hanya menyumbang sekitar 3.3 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia," kata kementerian itu.
KPK berkata demikian sebagai menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai status cadangan pengenalan mekanisme harga getah bagi memastikan harga getah asli berada dalam julat yang ditetapkan untuk mengurangkan ketidaktentuan harga getah dunia.
Sementara itu menjawab soalan daripada Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang bertanyakan mengenai isu kerugian bernilai RM2.3 bilion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) apabila ladang getah berkeluasan 425,000 hektar di seluruh negara tidak menghasilkan komoditi, KPK berkata Lembaga Getah Malaysia telah mengambil tindakan untuk meneliti dan menentukan dengan tepat kawasan dan lokasi berkenaan.
"Selain itu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga dalam proses banci yang diharapkan juga dapat menentukan lokasi kawasan pekebun kecil tidak bertoreh.
"Data 420,000 hektar tidak bertoreh ini akan dikemas kini dan ditentukan dengan tepat," kata kementerian itu.
KPK berkata kerajaan komited dalam menangani isu ini secara bersepadu dengan cadangan melaksanakan model kluster dengan konsolidasi kawasan kepada saiz yang ekonomik untuk dilaksanakan.
"Melalui model kluster yang akan dilaksanakan gaji tetap dan pelbagai kemudahan seperti perumahan serta pengangkutan akan disediakan bagi menarik minat golongan muda mengisi kekurangan penoreh di dalam sektor huluan getah," kata kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Kerajaan menyedari hakikat isu-isu yang sedang dihadapi oleh pekebun kecil. Harga getah, seperti komoditi lain yang berorientasikan eksport, dipengaruhi oleh faktor penawaran dan permintaan getah dunia. - Bernama
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
Pekebun kecil getah di Sabah, Sarawak terima bayaran IPG bagi Mac
Bermula Januari, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Langkah muktamadkan mekanisme harga getah mampu dicapai walau mencabar - Pakar
Dennis Low berkata usaha bagi mencapai persetujuan bersama dan menumpukan mekanisme ini tidak sukar jika terdapat satu objektif bersama.
Mekanisme harga getah untuk kesinambungan hidup pekebun kecil dijangka dimuktamad tahun ini - KPK
Antara cabaran utama pelaksanaan mekanisme LRPM adalah untuk mendapatkan kesepakatan dari semua 13 negara anggota di bawah ANRPC.
Malaysia bekerjasama dengan negara pengeluar utama dunia stabilkan harga getah
Kerajaan akan terus giat membantu pekebun kecil yang terkesan akibat penurunan dan ketidakstabilan harga getah di pasaran menerusi kerjasama dengan negara pengeluar getah utama.
Kerajaan beri tumpuan R&D untuk tingkat produktiviti getah
Pelbagai kajian dilakukan termasuk berkaitan penyakit seperti akar putih dan juga kaedah torehan lebih baik untuk hasil lebih banyak.
PRN: Harga getah hanya untungkan negara luar, tidak selari dengan mata wang negara
Kerajaan dilihat gagal mengatasi isu kadar harga getah yang merundum sejak sekian lama meskipun negara ini kaya dengan pengeluaran hasil berkenaan.
Pekebun kecil akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai
Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) baharu adalah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.
Harga rendah: Kerajaan komited bantu pekebun kecil getah
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam membantu pekebun kecil terutamanya yang terlibat dalam sektor getah.